Risiko & Ilmu yang perlu Ibu Hamil tahu untuk bersalin ketika wabak COVID-19 belum reda.
Bersalin ketika virus COVID-19 masih belum hilang sepenuhnya, aduhh risau dan sangat bimbang apabila Doktor jangkaan due date untuk melahirkan anak dalam masa terdekat.
Semua bakal ibu pasti menanti-nantikan saat untuk melahirkan anak terutama anak yang pertama. Tetapi penularan wabak COVID-19 ini sudah pasti menambah rasa kebimbangan terhadap kesihatan bayi yang bakal dilahirkan.
Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran. Anak yang bakal melihat dunia ini terkena jangkitan virus COVID-19 ?
Jika ibu ditempatkan sebagai pesakit di bawah siasatan, bagaimana proses penyusuan ?
Apakah persediaan bersalin ketika wabak COVID-19 masih berleluasa ini ?
Berdasarkan kajian daripada WUHAN CHINA, 4 orang wanita hamil yang terkena COVID-19 inni tidak menyebabkan dan tidak menyebarkan virus tersebut kepada janinnya.
Keempat-empat bayi tersebut selepas dilahirkan tidak menunjukkan simptom COVID-19 dan ujian telah dilakukkan terhadap bayi tersebut dan keputusannya negatif.
Keempat-empat bayi tersebut selepas dilahirkan tidak menunjukkan simptom COVID-19 dan ujian telah dilakukkan terhadap bayi tersebut dan keputusannya negatif.
Proses penyusuan sekiranya ibu didapati mempunyai simptom COVID-19 ?
Pengamal Perubatan dan juga Pensyarah Kanan di Leeds dan Bradford University, Dr Amir Khan memberitahu, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) tidak terdapat sebarang virus penyebab COVID-19 yang ditemui di dalam susu ibu.
Dr Amir juga menjelaskan aspek kebersihan adalah sangat penting dalam membendung penularan virus COVID-19 ini, justeru itu, ibu dinasihati untuk sentiasa menjaga kebersihan sebelum, semasa dan selepas mengendalikan bayi.
Jika anda telah mempunyai simptom COVID-19, anda disarankan untuk mengepam susu anda dan berikan kepada nurse atau family anda yang sihat untuk memberikan kepada anak anda.
Hal ini kerana untuk menjaga kesihatan bayi anda dan bayi sangat memerlukan susu anda sebagai antibody.
KEBERSIHAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
1) Mencuci tangan sebelum menyentuh bayi
2) Memakai topeng muka sewaktu proses penyusuan.
3) Barangan yang digunakan seperti botol susu dibersih dan dicuci mengikut garis panduan sterilisasi.
2) Memakai topeng muka sewaktu proses penyusuan.
3) Barangan yang digunakan seperti botol susu dibersih dan dicuci mengikut garis panduan sterilisasi.
Kes jangkitan COVID-19 terhadap bayi baru lahir?
Walaubagaimanapun, Hospital di bahagian Utara London merekodkan 1 kes jangkitan COVID-19 terhadap bayi yang baru dilahirkan.
Setakat ini masih tidak dapat dipastikan sama ada jangkitan itu tersebar melalui plasenta sebelum kelahiran atau pada masa kelahiran.
Tetapi ibu dan bayi tersebut dilaporkan dalam keadaan selamat dan stabil. Ibu tersebut direkodkan positif COVID-10 di Hospital Middlesex Utara, di Enfields. Keputusan diperolehi selepas bersalin.
Jangan stress dan berasa tertekan
Yaa,tidak dinafikan dalam tempoh wabak COVID-19 ini masih ada ni, para ibu pasti berasa stress, tertekan dan tension apatah memikirkan due date yang makin hampir.
Walau bagaimanapun, bakal ibu sekalian dinasihatkan untuk menghindari sebarang tekanan.
Sentiasalah berfikiran positif dan bersangka baik kepada ALLAH. InshaAllah dipermudahkan segala urusan anda. Kami mendoakan yang terbaik saja untuk kalian semua pembaca.
Sentiasalah berfikiran positif dan bersangka baik kepada ALLAH. InshaAllah dipermudahkan segala urusan anda. Kami mendoakan yang terbaik saja untuk kalian semua pembaca.
Share iklan ini :
0 Response to "Risiko & Ilmu yang perlu Ibu Hamil tahu untuk bersalin ketika wabak COVID-19 belum reda."
Post a Comment