Info 2 Minit ~ Betul ka jika sujud atas kain ketika solat maka solat itu akan terbatal ???




Kredit kepada Syeikh Mohib Khouli



Biar betul kalau sujud atas kain semasa solat maka solat itu akan terbatal ?

Pelik-pelik dakwaan zaman sekarang ini. Disini saya ingin menyatakan beberapa hadith sahih imam bukhari yang menunjukkan tiada sebarang larangan kalau sujud atas kain telekong yang dipakai, yang penting tempat sujud itu bersih seperti yang disabda oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam hadis sahih riwayat imam bukhari dan muslim:


وجعلت لي الأرض مسجدا وطهورا

dan setiap tempat di atas muka bumi ini telah dijadikan masjid (tempat sujud) dan tempat yang bersih. 


Sahabat Rasulullah semasa solat akan mengambil tepi baju yang dipakai untuk menjadikan alas tempat sujud kerana cuaca yang agak panas: 


عن أنس بن مالك قال: كُنا نُصلّي مع النبيّ صلى الله عليه وسلم فيضعُ أحدُنا طرفَ الثّوب من شدة الحرّ في مكان السجود. 

Daripada Anas ibnu malik berkata: (kami menunaikan solat bersama Rasulullah lalu salah sorg di kalangan kami akan meletak tepi bajunya sebagai alas di tempat sujud kerana cuaca sangat panas).

(hadis riwayat Bukhari) 


Hadis ini menunjukkan bahawa sahabat sujud atas tepi baju yang dipakai, dan Rasulullah membenarkan mereka, dan solat mereka tidak batal.


قال الحسن البصري: كان القوم يسجدون على العمَامَةِ والقلنسوةِ ويداه في كُمِّهِ. 

Kata Al Hasan Al Basri: Sahabat Rasulullah sujud atas serban dan songkok dan tangan mereka dalam lengang baju. 

Moga bermanfaat.


Share iklan ini :

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Info 2 Minit ~ Betul ka jika sujud atas kain ketika solat maka solat itu akan terbatal ???"

Post a Comment

Langgan Update Info Jawatan Kosong2u :