Info 2 Minit ~ Apakah beza solat tahajud dengan solat malam?
PERSOALAN SOLAT TAHAJJUD
SOALAN :
Apakah beza solat tahajud dengan solat malam?
Adakah kena tidur dulu kalau nak solat tahajud?
Berapakah rakaat paling banyak bolih solat tahajud?
JAWAPAN :
ARTI SOLAT TAHAJJUD
Solat tahajjud adalah salah satu dari solat-solat yang disunatkan sebagaimana solat malam yang lain.
Solat tahajjud disyariatkan dengan nas Al-Quran dan Sunnah dan para ulamak mengirakannya sebagai antara solat sunat yang paling afdhal dikerjakan.
Berkata Ad-Damiri :
(ويسن التهجد) وهو متأكد بالكتاب والسنة والإجماع ومداومة النبي صلي الله عليه وسلم عليه، وهو: الصلاة في الليل بعد النوم؛ لقوله تعالى: {ومِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ}، وقوله: {كَانُوا قَلِيلاً مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ}، و (الهجوع): النوم ليلاً.
Artinya : “Dan disunatkan tahjjud dan yaitu yang sangat dituntut perbuatnya dengan nas Al-Quran dan sunnah dan ijmak dan mengekalinya olih Nabi saw. Dan solat tahajjud itu ialah solat pada waktu malam selepas tidur kerana firman Allah Taala : Dan daripada waktu malam itu maka hendaklah bangun bertahajjud dengannnya sebagai suatu sunat bagimu. Dan firman Allah : Adalah mereka itu sedikit pada waktu malam olih tidur mereka itu. Dan arti Al-Huju’ itu ialah tidur pada malam hari.” (Kitab Najmul Wahhaj Syarah Al-Minhaj)
Jadi terbeza solat tahajjud dengan solat sunat yang lain ialah solat tahajjud disyariatkan tidur dahulu sebelum melakukannya.
Contoh niat solat tahajjud sahaja aku solat sunat tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala.
Dan adalah solat tahajjud ini solat sunat yang paling afdhal dalam solat-solat sunat di malam hari.
Berkata Imam Syairazi :
وأفضلها التهجد لما روى أبو هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "أفضل الصلوات بعد المفروضة صلاة الليل" ولأنها تفعل في وقت غفلة وتركهم للطاعات فكان أفضل
Artinya : “Dan yang afdhal sekelian solat malam itu ialah solat tahajjud kerana hadith yang telah meriwayatkan olih Abu Hurairah r.a. sungguhnya Nabi saw bersabda : Yang paling afdhal dari sekelian solat selepas solat fardu itu ialah solat malam dan kerana sungguhnya tahajjud itu dikerjakan pada waktu orang sedang lalai dan meninggalkan mereka akan ketaatan maka jadilah ia paling afdhal.” (Kitab Al-Muhazzab)
DISYARATKAN SELEPAS TIDUR
Menurut pendapat yang muktamad solat tahajjud disyaratkan hendaklah dilakukan selepas mengerjakan solat isyak dan selepas bangun dari tidur pada waktu malam sekalipun tidur itu sekejap sahaja.
Berkata Syeikh Khatib Syarbini :
وَهُوَ لُغَة رفع النّوم بالتكلف وَاصْطِلَاحا صَلَاة التَّطَوُّع فِي اللَّيْل بعد النّوم كَمَا قَالَه القَاضِي حُسَيْن سمي بذلك لما فِيهِ من ترك النّوم وَيسن للمتهجد القيلولة وَهِي النّوم قبل الزَّوَال وَهِي بِمَنْزِلَة السّحُور للصَّائِم لقَوْله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم اسْتَعِينُوا بالقيلولة على قيام اللَّيْل رَوَاهُ أَبُو دَاوُد
Artinya : “Dan tahajjud pada bahasa berarti meninggalkan tempat tidur dengan memberatkan dan tahajjud pada syarak ialah solat sunat pada waktu malam selepas tidur seperti yang telah berkatanya olih Al-Qadhi Husain . Dinamakan dengan tahajjud kerana barang yang sabit padanya dari perbuatan meninggalkan tidur. Dan disunatkan orang yang hendak tahajjud itu lakukan qailulah yaitu tidur sebelum waktu zuhur sekejap. Dan tidur itu menempati perbuatan bersahur bagi orang yang ingin berpuasa kerana sabda Nabi saw : Minta tolonglah kamu sekelian dengan tidur sekejap di siang hari atas bangun pada waktu malam. Hadith ini telah meriwayatkannya olih Abu Daud.” (Kitab Al-Iqna’)
Berkata Syeikh Qalyubi :
(وَيُسَنُّ التَّهَجُّدُ) هُوَ التَّنَفُّلُ فِي اللَّيْلِ بَعْدَ نَوْمٍ
Artinya : “Dan disunatkan tahajjud yaitu solat sunat pada malam hari selepas tidur.” (Kitab Hasyiah Al-Qalyubi Wa ‘Umairah)
Dan jika seorang itu tidur dalam waktu maghrib kemudian bangun dan mengerjakan solat isyak kemudian solat tahajjud nescaya sudah memadai.
Berkata Syeikh Bujairimi :
حَيْثُ كَانَ بَعْدَ فِعْلِ الْعِشَاءِ وَبَعْدَ نَوْمٍ، وَلَوْ كَانَ النَّوْمُ فِي وَقْتِ الْمَغْرِبِ
Artinya : “Sekira-kira adalah solat tahajjud itu selepas mengerjakan solat isyak dan selepas bangun dari tidur dan sekalipun adalah tidurnya itu di dalam waktu maghrib.” (Kitab Hasyiah Al-Bujairimi)
Akan tetapi waktu yang afdhal mengerjakan solat tahajjud ialah pada tengah malam dan paling afdhal ialah pada dua pertiga malam sebagaimana datang pada beberapa hadith.
RAKAAT TAHAJJUD
Harus dikerjakan solat tahajjud dengan hanya dua rakaat atau empat rakaat atau lebih lagi dan menurut kebanyakkan ulamak tiada had bagi sebanyak-banyak bilangan rakaatnya.
Jika dikerjakan solat tahajjud lebih dari dua rakaat maka yang afdhal hendaklah memberi salam setiap dua rakaat.
Berkata Imam Al-Husaini Al-‘Imrani As-Syafie :
والأفضل أن يسلم من كل ركعتين؛ لقوله - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: «صلاة الليل مثنى مثنى» .
ويجوز أن يصلي ثلاثًا، وأربعًا، وخمسًا، وستًا وأكثر، بسلام واحد، إلى أن قال الشافعي: (ويجوز أن يصلي النوافل، أي عدد شاء، سواء علم عدد ما صلى، أو لم يعلم، فإذا أراد أن يسلم. . تشهد وسلم
Artinya : “Dan yang afdhal bahawa memberi salam dari setiap dua rakaat kerana sabda Nabi saw : Bermula solat malam itu dua dua rakaat. Dan harus bahawa solat seorang akan tiga atau empat atau lima atau enam dan lebih lagi dengan salam yang satu. Berkata Imam Syafie : Dan harus solat sunat dengan berapa bilangan rakaat yang dia mahu samada mengetahui ia akan bilangan rakaat solat yang ia kerjakan atau tidak mengetahuinya. Maka apabila dia hendak beri salam hendaklah bertasyahud dan salam.” (Kitab Al-Bayan)
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
Share iklan ini :
0 Response to "Info 2 Minit ~ Apakah beza solat tahajud dengan solat malam?"
Post a Comment