Info 2 Minit ~ Makhluk yang paling Terawal yang diciptakan oleh Allah




Makhluk yang paling Terawal diciptakan oleh Allah

 

SOALAN :
Adakah sahih hadith yang menyebut qalam adalah benda paling awal yang diciptakan ?
Adakah ada ulamak berkhilaf mengenai perkara ini?

JAWAPAN :
Riwayat daripada ‘Ubadah bin As-Somit r.a. katanya aku telah mendengar akan Rasulullah saw bersabda :

إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمُ فَقَالَ لَهُ: اكْتُبْ، قَالَ: يَا رَبِّ، مَا أَكْتُبُ؟ قَالَ: اكْتُبِ الْقَدَرَ وَمَا هُوَ كَائِنٌ إِلَى الْأَبَدِ
Artinya : “Sungguhnya perkara yang awal dicipta olih Allah ialah Al-Qalam. Maka berfirman baginya : Tulis olih kamu. Berkata Qalam : Wahai Tuhan apa yang hendak aku tulis? Firman Allah : Tulislah akan qadar dan apa yang akan ada hingga selama-lamanya.”

Hadith riwayat At-Tabarani dan lain-lain.

Dan pada riwayat Imam At-Tabarani :

لما خلق الله القلم قال له: اكتب، فجرى بما هو كائن إلى قيام الساعة
Artinya : “Tatkala Allah mencipta akan Qalam berfirman baginya : Tulislah. Maka berjalanlah Qalam itu menulis sekelian yang ada sampai hari kiamat.”

Dan pada riwayat Ibnu Abbas olih Imam At-Tabari :

إِنَّ أَوَّلَ شَيْءٍ خَلَقَهُ اللَّهُ الْقَلَمُ فَأَمَرَهُ بِكَتْبِ كُلِّ شَيْءٍ
Artinya : “Bahawasanya yang awal suatu dari ciptaan Allah ialah Al-Qalam maka menyuruhnya tulis sekelian sesuatu.”

Arti qalam menurut bahasa arab :

الذي يُكتب به
Artinya : “Suatu yang ditulis dengannya.” (Lisanul Arab)
Al-Qalam yang dimaksudkan disini ialah makhluk Allah yang diciptakan untuk menulis segala perkara yang berlaku pada alam ini.

KEJADIAN ARASY
Ulamak berbeza pandangan samada adakah Qalam atau Arasy yang diciptakan paling awal.

Imam Ibnu Kathir dan Imam Ibnu Hajar berkata jumhur ulamak berpendapat Arasy adalah makhluk yang diciptakan paling awal sekali.

Manakala Imam Ibnu Jarir At-Tabari dan Imam Ibnu Al-Asir berpendapat Qalam adalah makhluk yang paling awal diciptakan.

Berkata Imam Al-Munawi :

فالعرش والماء خلقا قبل السماء والأرض وأخذ منه أن العرش أول المخلوقات وقيل القلم
Artinya : “Maka Arasy dan air itu dicipta sebelum langit dan bumi. Dan diambil daripadanya bahawasanya Arasy ialah awal dari sekelian makhluk yang dicipta sebelum Qalam.” (Kitab Faidhul Qadir)

Berkata Imam Az-Zahabi :

واستدلوا على قولهم هذا بما رواه مسلم في صحيحه بسنده عن عبد الله بن عمرو بن العاص مرفوعاً قال: "كتب الله مقادير الخلائق قبل أن يخلق السموات والأرض بخمسين ألف سنة، قال: وعرشه على الماء". ففي هذا الحديث تصريح بأن التقدير وقع بعد خلق العرش وحديث عبادة صريح بأن التقدير وقع عند أول خلق القلم، فدل ذلك على أن العرش سابق على القلم.
Artinya : “Dan para ulamak berdalil atas perkataan mereka dengan hadith riwayat Muslim dengan sanad daripada Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Aas secara marfu’ : Allah telah menulis segala qadar kejadian makhluk sebelum mencipta akan langit dan bumi dengan jarak lima puluh ribu tahun dan berkata : Arasy-Nya di atas air. Maka pada hadith ini jelas bahawa takdir selepas penciptaan Arasy dan hadith Ubadah bin As-Somit itu jelas bahawa takdir itu berlaku ketika awal dicipta akan Qalam. Maka menunjukkan olih yang demikian itu atas bahawa Arasy terdahulu atas Qalam.” (Kitab Al-‘Arsy)

wallahua’lam
ustaz azhar idrus




Share iklan ini :

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Info 2 Minit ~ Makhluk yang paling Terawal yang diciptakan oleh Allah "

Post a Comment

Langgan Update Info Jawatan Kosong2u :