Info 2 Minit ~ Betul ka jika sujud atas kain ketika solat maka solat itu akan terbatal ???

Info 2 Minit ~ Betul ka jika sujud atas kain ketika solat maka solat itu akan terbatal ???


Kredit kepada Syeikh Mohib Khouli



Biar betul kalau sujud atas kain semasa solat maka solat itu akan terbatal ?

Pelik-pelik dakwaan zaman sekarang ini. Disini saya ingin menyatakan beberapa hadith sahih imam bukhari yang menunjukkan tiada sebarang larangan kalau sujud atas kain telekong yang dipakai, yang penting tempat sujud itu bersih seperti yang disabda oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam hadis sahih riwayat imam bukhari dan muslim:


وجعلت لي الأرض مسجدا وطهورا

dan setiap tempat di atas muka bumi ini telah dijadikan masjid (tempat sujud) dan tempat yang bersih. 


Sahabat Rasulullah semasa solat akan mengambil tepi baju yang dipakai untuk menjadikan alas tempat sujud kerana cuaca yang agak panas: 


عن أنس بن مالك قال: كُنا نُصلّي مع النبيّ صلى الله عليه وسلم فيضعُ أحدُنا طرفَ الثّوب من شدة الحرّ في مكان السجود. 

Daripada Anas ibnu malik berkata: (kami menunaikan solat bersama Rasulullah lalu salah sorg di kalangan kami akan meletak tepi bajunya sebagai alas di tempat sujud kerana cuaca sangat panas).

(hadis riwayat Bukhari) 


Hadis ini menunjukkan bahawa sahabat sujud atas tepi baju yang dipakai, dan Rasulullah membenarkan mereka, dan solat mereka tidak batal.


قال الحسن البصري: كان القوم يسجدون على العمَامَةِ والقلنسوةِ ويداه في كُمِّهِ. 

Kata Al Hasan Al Basri: Sahabat Rasulullah sujud atas serban dan songkok dan tangan mereka dalam lengang baju. 

Moga bermanfaat.

Read More
Info 2 Minit ~ KMP memperkenalkan kelas mengaji Al-Quran secara LIVE.

Info 2 Minit ~ KMP memperkenalkan kelas mengaji Al-Quran secara LIVE.



Zaman sekarang ini, semuanya dihujung jari sahaja. Apa-apa pembelajaran dan maklumat boleh didapatkan di hujung jari.

Mengaji Al-Quran ini adalah amalan yang sangat mulia dan di tuntut dalam Agama. Kadang-kadang kita mungkin rasa malu kerana tidak tahu dan tidak lancar membaca Al-Quran. 

” Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang membaca al-Quran dan menjaganya (membacanya dengan betul dan mengamalkannya) akan bersama para malaikat yang mulia. Adapun orang yang membaca al-Quran dengan sungguh-sungguh dan mengalami kesulitan, dia akan mendapat dua pahala.” 
(Sahih Bukhari dan Muslim)

Justeru itu, KMP iaitu Kelas Mengaji Personal bimbingan Ustaz Izzul Hakim, Ustaz Ridzuan dan lain-lain ustaz tiap-tiap hari akan mengadakan siaran langsung bacaan Al-Quran berserta tajwid.

Walaubagaimanapun, mengaji / membaca Al-Quran secara LIVE atau ONLINE ni memerlukan beberapa syarat dan kaedah. Ikutilah cara-cara mengaji Al-Quran menurut Kelas Mengaji Personal (KMP).



3 Perkara Penting Ketika Belajar Online ( KMP )


Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai KMP ini seperti menyokong produk mereka, menyertai sebahagian keluarga KMP dan menyemak bacaan secara percuma, anda boleh klik link di bawah.


Manakala jika anda ingin mengikuti LIVE setiap hari, anda boleh follow facebook page mereka iaitu Kelas Mengaji Personal FB

Semoga ia bermanfaat kepada semua. 









Read More

Langgan Update Info Jawatan Kosong2u :